Skip to content

Latarbelakang Sekolah

Sekolah ini telah di bina pada tahun 1930 di atas sebidang tanah seluas 4.05 hektar di kampung Toboh, Tambunan, Sabah. Bangunan sekolah pada mulanya hanya diperbuat daripada kayu bulat dan buluh(bambu) sahaja. Beberapa tahun kemudian, bahan binaan bangunan tersebut digantikan dengan papan dan atap zing. Kini jenis binaannya adalah konkrit dan sebahagiannya kayu yang merupakan ubahsuai secara kekal. Selain bilik- bilik darjah sekolah ini juga telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah pejabat am, bilik guru, pusat sumber sekolah, bilik sains, bilik kemahiran hidup, bilik muzik dan kebanyakan daripadanya merupakan ubahsuai secara kekal.

Sekolah ini merupakan sebuah sekolah mubaligh (mission) dan pengasasnya ialah seorang paderi yang bernama Rev. Fr. John Quinn. Pada peringkat permulaan, sekolah ini hanya mempunyai empat orang pelajar sahaja dan hanya menerima pelajar lelaki. Sekolah ini dikenali sebagai ‘St. John School’. Pada tahun 1938, ‘The Immaculate Conception Convent School’ yang diasaskan oleh White Sister telah ditubuhkan. Sekolah ini dikhaskan kepada pelajar perempuan sahaja. Pada tahun 1969, murid- murid lelaki Darjah 5 dari SRJK St. John dinaikkan ke

Darjah 6 di ‘The Immaculate Conception Convent School’.

Kedua- dua buah sekolah ini digabungkan pada tahun 1970 dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) St. David, Toboh, Tambunan. Bermula pada tahun tersebut, sekolah ini menerima pelajar lelaki dan perempuan. Guru Besarnya yang pertama ialah Sister M. Carmel yang berkhidmat dari tahun 1970 hingga tahun 1981 (11 Tahun). Pada tahun 1982 nama sekolah telah ditukar kepada sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) St. David, Toboh Tambunan. Disebabkanoleh perubahan serta perkembangan yang pesat dalam bidang pendidikan, nama sekolah sekali berubah pada tahun 1997 iaitu digantikan pula dengan Sekolah Kebangsaan (SK) St. David, Toboh, Tambunan sehinggalah ke hari ini.

Bilangan pelajar sekolah ini semakin bertambah tahun demi tahun. Pada tahun 1983, bilangan pelajar ialah seramai 410 orang, 422 pada tahun 1984, 445 pada tahun 1986, 472 dan 596 pada tahun 1999. Setakat rencana ini ditulis (November, 2010) jumlah murid keseluruhannya berjumlah 471 orang. Jumlah bilik darjah mengikut tahun pula adalah sebanyak 23 buah. Jumlah kakitangan mengajar setakat ini ialah seramai 42 orang dan kakitangan bukan mengajar seramai 3 orang. Semua tenaga pengajar di sekolah ini terdiri daripada guru lepasan maktab perguruan, KPLI dan terlatih dalam opsyen- opsyen tertentu.

Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah rendah yang terbesar di daerah Tambunan. Pada tahun 1988 sekolah ini telah digredkan kepada gred B dan gred A pada tahun 1996. Sehingga kini , ramai bekas penuntut sekolah ini telah melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi dan menjawat jawatan- jawatan penting dalam kerajaan dan juga di sektor swasta.

%d bloggers like this: