Skip to content

Pendaftaran Murid Tahun 1 2017 SRK St. David Toboh

21/04/2016

Makluman kepada ibubapa,

Pendaftaran murid tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2017 sedang berlangsung. Pihak sekolah telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pendaftaran ini sehingga 29hb April 2016 bagi memudahkan pihak sekolah membuat anggaran jumlah kelas dan pengurusan. Oleh itu, pihak sekolah berharap sekiranya ada antara anak-anak tuan/puan yang lahir pada tahun 2010 dan ingin bersekolah di SRK St. David Toboh agar membuat pendaftaran tersebut dalam kadar segera. Sila bawa dokumen-dokumen serta salinannya seperti berikut sewaktu mendaftar.

  • Kad Pengenalan Ibu, Bapa/Penjaga (salinan disahkan)
  • Sijil lahir/MyKid Kanak-kanak (salinan disahkan)

Sekian.

Guru Besar Baru Sekolah

11/01/2016

“Kemajuan menyeluruh dari segi insfratruktur, fizikal dan insan….” adalah impian guru besar SRK St. David Toboh yang baru, Encik Herry Henny Tanasius. Beliau yang berasal dari daerah Tenom, telah memulakan tugas baru beliau sebagai guru besar disini pada 28hb Ogos 2015.

Beliau berbangsa kadazan¬† dan telah berkahwin, mempunyai lima orang anak(2 lelaki, 3 perempuan); sebelum ini bertugas di S.K. Poguakon Tenom sebagai penolong kanan pentadbiran. Berkelulusan BAC Sc. Pembangunan Manusia (UPM), beliau seorang yang gemar melancong dan suka bermain badminton sebagai hobi. Dengan motto ‘ berbuat baik dalam dunia’ dengan impian untuk berjaya dalam hidup, beliau merupakan seorang yang mesra dan senang bergaul.

Admin mewakili seluruh warga St. David ingin mengucapkan selamat datang kepada tuan guru besar sekolah, Encik Herry ke keluarga St. David Toboh. Berikut adalah beberapa gambar beliau (minta maaf dan mohon keizinan GB untuk post gambar).

Back To School…

05/01/2016

Happy New Year..Welcome back!!..  Sorry for the late post. It was a busy day yesterday as it was the first day of school. It was a fine day and we had visitors from the district education office (PPD). New year with new resolutions and we hope that everything will go smooth throughout the year.

Cuti Hujung Semester 2015

27/11/2015

Selamat bercuti kepada semua guru-guru, staff sekolah dan murid-murid sekolah. Pihak sekolah berharap agar murid-murid dapat meluangkan masa cuti ini dengan aktiviti-aktiviti bermanafaat bersama keluarga. Jaga kesihatan dan jaga keselamatan diri anda. Kita berjumpa semula pada 4hb Januari 2016.

Hari Anugerah Kecemerlangan 2015

20/11/2015

19hb November 2015 merupakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2015. Berikut adalah antara gambar-gambar yang dikongsi oleh guru-guru dan staff sekolah sepanjang perjalanan aktiviti tersebut.

Penyerahan Slip Keputusan UPSR 2015

18/11/2015

17hb November 2015 merupakan tarikh keramat bagi 72 orang pelajar tahun enam SRK St. David Toboh 2015. Hari yang di tunggu telah tiba dimana keputusan rasmi UPSR 2015 telah diumumkan. Pihak sekolah sangat gembira dengan pencapaian UPSR tahun ini dimana, seramai dua orang calon telah mendapat 5A, tiga orang calon mendapat 4A1B dan seorang calon mendapat 4A1C. Peratus lulus keseluruhan ialah 55 peratus.  Syabas dan tahniah diucapkan kepada calon-calon UPSR dan juga kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus dalam mengajar dan membentuk murid-murid kita ini. Tahniah juga diucapkan kepada ibubapa calon-calon UPSR tahun ini.

Penyerahan Slip Keputusan Akhir Tahun 2015 dan Dialog Prestasi Tahun 5 2015

13/11/2015

Jumaat, 13hb November 2015, penyerahan slip keputusan akhir tahun yang di hadiri oleh ibubapa dan pada hari yang sama, berlangsung dialog prestasi antara guru-guru tahun 5, ibubapa dan pihak pentadbir sekolah di bilik gerakan sekolah. Penyerahan bantuan KWAPM untuk pelajar tahun satu juga telah dilaksanakan yang dikendalikan oleh penonolong kanan Hal Ehwal Murid (HEM). Tahniah, syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua murid-murid dan ibubapa yang hadir.

IMG-20151113-WA0008

Guru Besar sekolah, En. Herry H. Tanasius bersama dengan murid Tahun 4C, adik Atlea dan adik Nicie.

IMG-20151113-WA0006

IMG-20151113-WA0007

Kepuasan atas hasil usaha yang gigih. Tahniah!

IMG-20151113-WA0009

Ibubapa berbaris untuk mendaftar kehadiran mereka.

IMG-20151113-WA0010

Penyerahan slip keputusan.

IMG-20151113-WA0011

Dialog Prestasi bersama ibubapa murid-murid Tahun 5

IMG-20151113-WA0012

IMG-20151113-WA0014

Penyerahan KWAPM tahun satu.

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.