Skip to content

PROGRAM MOTIVASI UPSR 2012

14/06/2012

St. David Toboh, 14 Jun 2012. Program motivasi pelajar untuk murid-murid tahun 6 akan bermula pada hari esok, 15 Jun di pusat pelancongan air terjun Mahua Tambunan. Program ini akan berlangsung selama 2 hari bermula esok. Pengisian program motivasi tersebut meliputi ceramah-ceramah, aktiviti-aktiviti sukan dan lain-lain. Matlamat utama program motivasi ini adalah untuk pemantapan sahsiah dan disiplin diri pelajar disamping persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Antara objektif utama program tersebut adalah untuk membantu pelajar membina keyakinan diri dan membentuk sahsiah diri, pengurusan masa yang baik, mengenal potensi serta kekuatan diri sendiri dan yang paling utama, membuat persiapan awal sebelum menduduki peperiksaan UPSR.

Tema bagi program motivasi tersebut adalah ‘Kalau tidak dipecahkan royong, manakan dapat sagunya’.

Program Hari Guru 2011

21/05/2011

16hb Mei 2011, Hari guru peringkat sekolah disambut secara sederhana tetapi meriah. Pelbagai acara menghiasi suasana hari guru SRK St. David seperti acara sukaneka yang terdiri daripada bowling kelapa, lontar dan sambut telur ayam dan macam-macam lagi. Persembahan tarian dan nyanyian juga telah menghangatkan hari tersebut terutamanya persembahan nyanyian dari Guru Besar sekolah, En. Patrick J. Paunil dan juga dari Guru Cemerlang, En. Thaddeus Balangkit Gansing. Acara berakhir dengan program bertukar hadiah di kalangan guru-guru sekolah.

Program Jati Diri Tahun 6 2011

09/05/2011

6hb Mei 2011, Sekolah SRK St. David Toboh telah melaksanakan ‘Program Jati Diri’ yang melibatkan seluruh pelajar Tahun 6 2011 seramai 93 orang. Program ini bertujuan untuk meransang dan meningkatkan lagi semangat jati diri di kalangan pelajar yang bakal menempuh peperiksaan UPSR pada tahun ini. Antara isi kandungan program ini ialah sesi ceramah oleh Cikgu Thadeus Balangkit Gansing di mana beliau merupakan seorang guru cemerlang DG48 yang berkhidmat di sekolah ini. Sesi ceramah juga telah diisi oleh Cikgu Irene, seorang guru yang ketika ini bertugas di SMK Tambunan. Antara sesi-sesi lain yang mengisi program hari itu ialah program pelajar bersama ibubapa angkat yang terdiri dari guru-guru sekolah ini dan larian mesra yang mencabar kesungguhan minda dan fizikal para pelajar.

Hari Pertama Persekolahan 2011

10/01/2011

03hb Januari 2011, hari pertama persekolahan yang cukup bermakna bagi warga baru St. David iaitu murid-murid Tahun 1 dan juga 5 orang guru baru. Sokongan kehadiran ibubapa dalam memberi dorongan kepada anak-anak mereka pada hari pertama persekolahan juga dapat dilihat. Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih dan selamat bertugas kepada cikgu Priscella A.K. yang telah berpindah ke S.K. Kitou. Tempat beliau telah diganti oleh cikgu Elsa Gabriel yang sebelum ini bertugas di sekolah S.K. Kitou. Selamat datang kepada semua guru-guru baru dan Selamat kembali bertugas kepada semua guru-guru St. David Toboh.

 

Permohonan Dalam Talian Program Pensiswazahan Guru (PPG) Kementerian Pelajaran Malaysia

22/11/2010

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah(PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri(JPN)/Pejabat Pelajaran Daerah(PPD)/sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru(PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).

Untuk Maklumat lanjut, sila layari laman web dibawah;

http://apps.emoe.gov.my/kdp/ppg/

 

Malam Keluarga St. David Toboh

17/11/2010

Tambunan, November 16 – Malam keluarga St. David telah diadakan di Padang Golf daerah Tambunan. Aktiviti hujung tahun ini telah dihadiri oleh warga pendidik St. David dan keluarga mereka. Antara aktiviti yang menarik ialah makan malam bersama dan aktiviti bertukar hadiah. Walaupun ramai yang tidak dapat hadir disebabkan masalah peribadi, namun aktiviti tetap berjalan seperti yang dirancang. Antara yang menarik ialah persembahan nyanyian oleh Puan Dainah (PK KoKum), Puan Bianah dan Puan Halinah iaitu isteri kepada Guru Besar St. David, En. Patrick J. Paunil.

(pose menarik sementara menunggu hidangan)

Majlis semalam juga menyaksikan kehadiran pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Tambunan  En. Geoffrey Chong, Albert Ikon dan En. Maturin.

Kepada guru-guru yang tidak sempat hadir, sila berjumpa dengan guru-guru yang diwakilkan untuk mengambil hadiah anda. Untuk melihat lebih banyak gambar-gambar rakaman aktiviti malam keluarga ini, sila layari  Group St. David Toboh di Facebook.

48,327 UPSR CANDIDATES SCORE ALL “As”

11/11/2010

PUTRAJAYA, Nov 11 (Bernama) — A total of 48,327 or 10.02 per cent of 482,334 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) candidates this year obtained all As.

The percentage is higher than the 9.51 per cent recorded last year.

Education Director-General Datuk Abdul Ghafar Mahmud said this was the best achievement in four years based on the national average grade, the index used in measuring the achievement of school examination candidates nationwide.

However, the number of candidates obtaining the minimum Grade C decreased by 1.37 per cent from last year, he added.

“Thankfully, the percentage of candidates obtaining lower than the minimum grade (those obtaining Grade D or E or a combination of both), also decreases from 3.99 per cent last year to 3.39 per cent this year,” he said when announcing the UPSR results here today.

Bernama

http://malaysia.news.yahoo.com/bnm/20101111/tts-upsr-results-bm-with-pix-993ba14.html

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.